Riwayat dari Abu Zar r.a :-
Nabi SAW bersabda:
' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...
Di antara tumbuhan yg terdapat dalam Al-Quran ialah madu, tin dan zaitun, kurma serta 'habbah as-sauda'. Nama buah tin juga tercantum di dalam al-Quran di samping buah zaitun. Ia juga dikenali dengan nama Ara atau'Figs', ia bukan berasal dari Malaysia tetapi dari negara Arab.
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.
Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protein, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.
Memang jelas buah tin terkandung banyak khasiat. Walaubagaimanapun, sebenarnya amat sukar untuk mendapatkan buah tin di negara kita. Sekiranya ada saudara kita yang pergi mengerjakan umrah atau haji, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang buah tin dari sana.

No comments:
Post a Comment